Image hosted by Photobucket.com
Me, Myself & MuNa

Brunei + Malaysia are my home
currently in Nottingham
loves to have fun
still growing and learning

Image hosted by Photobucket.com
CheCk TheM oUt

Image hosted by Photobucket.com
Watch with me



Nick Vujicic - an inspiring Man

Image hosted by Photobucket.com
Archive

January 2006 February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 October 2007 November 2007 December 2007 January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009

Image hosted by Photobucket.com
Chit Chat


Sunday, July 12, 2009

LELAKI PUN PANDAI KE JIWA RUPANYA!

I got this from a guy's blog! Ke jiwa lah! Giler! Hahahaha.

Apa-apapun (bak kata si Apek), marilah kita menghayati bersama.

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu sahaja.
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja

Begitulah juga

Jika kamu sedang memiliki seseorang.
TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA
Dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamuYang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL

Begitulah juga

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU.dan MENCINTAIMU.
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA itu lebih BERMAKNA !

Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang.

Quote of the day: must do work.


-Muna- written at 10:38 AM * any comment?

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com